01 May 2009

3 Makhluk telah terkantoi

Sambungan entri yang lepas.

Aku dah kenal pasti siapa yang berani pao aku dekat lorong haji taib malam tu. Setelah lama aku ikut rapat dengan mamat 3 ekor tu, akhirnya identiti beliau telah diketahui. bagi korang yang terpingar-pingar tak paham cerita fantasi apa aku merepek ini. sila tekan ni tanpa segan silu. yang dah paham sila teruskan membaca. 3 makhluk yang berjaya pao aku tu rupa-rupanya seorang blogger. Makin panas ni! siapa dorang tu!?
korang boleh sound dorang dekat blog mereka. ini link blog dorang:-

1.Izra

2.Kreuger
3.-Ring 0-

Sebenarnya aku kata dorang pao aku sebab dorang berjaya menjadi panggilan terhangat di lorong haji taib. haha.. gurau je ni. jangan marah dah dapat duit kan..kan..kan. dorang adalah pemenang contest untuk contest yang kacang tu.. (dah lupa nama contest tu, rasanya tak ada nama kot contest tu).

jawapan untuk contest tu panjang sangat. dan aku sangat malas untuk menaip. copy paste jawapan dorang je la. hehe.. ni jawapan yang tepat, padat dan jitu

Web A - Direka Oleh orang dalam.
Web B - Oleh orang luar.

Bile orang dalam, bagi aku, selalunye die akan letak web server dalam main server la. ape lagi. sebab tuh walau macam mane nko godek sekalipon... orang dalam opis still boleh access WEB A.

Seterusnya (theory jer ni) proxy restriction kat office tu cume membenarkan hanya URL Web A sahaja yang boleh diaksess oleh komputer pejabat.

Menjadi malang kepada Website B. Buang karen abis duit. muahaha... kalau webside B ini di host kat dalam server yang sama dengan A, tetapi masih tak boleh nak view, sebabnya... website B ini bukan berada pada kedudukan aktif www folder.

satu webserver yang duduk dalam satu PC cume boleh aktif satu www folder dalam satu masa. Kecuali... die menggunakan port yang berlainan daripada port Web A.

Sebagai Contoh kalau Web A menggunakan:-
http://192.168.1.30:80/index.html

makan untuk menjadikan root Web B aktif, die mestilah bertukar port kepada:-
http://192.168.1.30:8080/index.html

maka dengan itu baru lah boleh 2 website wujud dalam satu server/pc dalam satu masa.

down kan IIS tuk server website A

Selama ni,website A tu, syarikat dah setkan bagi Internal DNS server point guna private ip adress syarikat manakala External DNS server point disetkan dgn ip adress public.

syarikat B tu, mungkin sbab sronok sangat dapat tender, so syarikat B tu buat Website B hanya setkan Internal DNS dan External DNS tu sama untuk public ip adress.

so, bila da connect pada router, ia menyebabkan router tu dapat public adress ip adress dan tidak membenarkan connect pada internal server private ip adress syarikat.

jadi tugas ko, ko kene la setting balik DNS server point tu ikut privet ip adress syarikat pada Internal DNS dan public ip adress pada External DNS.

Kesimpulannya, entri sebelum ni adalah rekaan semata-mata. haha.. nama-nama yang tersenarai tu sila la bagi no fon anda dengan apa cara sekali pun. aku nak bagi dekat mak yah dekat lorong haji taib tu. hehe.. disebabkan hari ini cuti umum, hadiah tu aku bagi hari bekerja ya.

Sebenarnya aku nak perempuan yang menang. Nanti boleh la aku calling-calling (gatal).


Lagi...

29 April 2009

Aku kena pao

Sorry lama tak update, busy download cerita. haha..

Setelah sekian lama aku memencilkan diri. Kini aku dah kembali dengan muka seposen. Perghh.. dah lama aku tak bertweet apatah lagi nak update blog dan apatah lagi nak bertandang serta spam di kotak komen dekat blog-blog korang. Walaupun raya lambat lagi, aku nak minta maaf dari hujung rambut sampai la hujung kuku kaki.

Macam mana Aku kena pao!? dorang ni memang nak cari pasal betul la..

Nak dijadikan cerita, Pada malam bila entah, aku keluar makan dekat kedai mamak. On the way nak balik tu, nak cepat punya pasal, aku ambil la shortcut. Aku redah lorong-lorong yang aku tak pernah lalu. Tiba-tiba muncul 3 ekor mamat. dorang nak belanja aku makan ke!?

Pemuda 1: dik, tak pernah nampak pun adik dekat kawasan ni.
Aku: memang la, aku selalu invisible bila lalu kat sini.
Pemuda 2: loyar buruk pula budak ni. aku hempuk dengan helmet ni kang.
Pemuda 3: ehem.. kau tak paham-paham lagi ke kenapa kitorang kat sini!?
Aku: tak. aku lembab sikit nak paham bab paham-memahami ni. korang nak buat kuiz ke.
Pemuda 1: a'ah, soalan pertama. berapa duit yang kau ada dalam wallet kau!?
Aku: hmm.. dalam RM 100 kot.

3 ekor mamat tadi terus ambil wallet aku tanpa segan silu. macam tu la kisah dia. Lepas tu, terpikir aku keseorangan "soalan kedua dia apa!?" kalau korang ada jumpa 3 ekor mamat ni, sila dengan hensemnye bagitau aku.

dialog diatas tak betul. telah ditokok tambah.


Lagi...

25 April 2009

Citarasa kita berbeza

本当愛を見つけたいと思えばそれがほしいと思わないこと愛およびあなたの苦痛をすべての事を受け入れなければならないのを感じる必要がある。 準備ができているとき、それはあなたに来る。

Manusia dilahirkan dengan pelbagai citarasa. Apa yang kita buat tak semestinya orang lain suka, dan apa yang orang lain buat tak semestinya kita suka. Macam mana nak sebut perkataan dekat atas ini!? Jangan tanya aku, aku sendiri pun nak tahu macam mana nak sebut dia.

Apa yang aku tahu maksud dia "Kalau nak dapatkan cinta sejati, kau ditakdirkan untuk rasa derita dan merima semua yang kau tak mahu berlaku. Bila kau dah bersedia, ia akan datang"

Kenapa ayat aku hari ini macam putus cinta je ni. "No comment!" lagu ni mungkin sesuai untuk aku yang tengah bercelaru ni untuk senyum semula.

Entri kali ini simple saja. tak mahu cakap banyak.



Lagi...

22 April 2009

Kontest disebabkan aku dah gila

Kontest yang terhensem daripada orang hensem.

Disebabkan aku terasa amat la bosan kebelakangan ini. Otak aku tak dapat berfungsi dengan betul. Terima kasih bagi mereka yang melayan kerenah (betul ke aku eja ni, tibai je la) aku yang entah apa-apa ni. hehe.. untuk mencegah blog aku ni dihuni oleh orang-orang bunian, aku dengan hensemnya melancarkan kontest yang aku rasa sangat susah (bagi aku la, bagi korang macam makan kacang sambil korek hidung kot)

Soalan:

Website A

Website B



Aku ada 2 website untuk syarikat aku, A dan B. website A dibuat oleh syarikat aku, 2 tahun yang lalu. manakala website B dibuat oleh syarikat B hari ini.



Aku nak gantikan website A tu kepada website B. setelah digodek-godek, akhirnya berjaya diselesaikan. tetapi wujud pula masalah baru, orang luar akan dapat tengok website B tu. manakala orang dalam opis tak dapat tengok, masih menggunakan website A. So, ini la persoalan yang aku nak tanya. susah tak!?Apa masalah sebenarnya ini, sampai orang luar je dapat tengok. Aku cuma nak korang explain macam mana nak settlekan masalah ni.

Hadiah untuk kontest ini ialah top up. senang sikit aku nak bagi. kalau korang menetap dekat US macam mana aku nak bagi duit, bank account aku dah la tak pernah pakai. Top up berapa banyak!? hadiah top up ni berdasarkan ketepatan jawapan korang. lagi tepat korang ceritakan cara nak selesaikan masalah ni, lagi banyak la top up yang kau dapat. Tetapi top up maximum RM50 ye, harap maklum. Aku tak mampu keluar duit banyak-banyak. aku masih student, lala~

Aku mencari hanya 3 pemenang yang aku rasa jawapan dia boleh pakai je. korang nak masuk berapa banyak kali pun boleh. sila spam di komen box. Sekiranya tak ada pemenang, top up tersebut secara tak langsung akan aku guna untuk diri sendiri. hehe..

Tarikh tamat semalam 30 April 2009. Sila tinggalkan email korang lepas menjawab ya. untuk mencegah orang yang ambil kesempatan. jika korang menang tetiba ada orang bagi email dia. hal ini, aku tak jamin. jadi, sila tinggalkan email korang lepas menjawab.

p/s: aku rasa programmer je boleh jawab soalan ni.

sesiapa yang belum follow aku dekat twitter sila follow sekarang.

Benda baik jangan disimpan sorang-sorang, berhuha-huha la kat twitter. cara yang paling senang nak promote kontest ni. haha..

Edit: Website A orang dalam yang buat, website B syarikat luar yang buat


Lagi...

19 April 2009

Cabaran di tempat kerja

Aku dah ada twitter. Follow cepat, nanti sesat siapa yang susah!?


Minggu ini, memang agak malas untuk aku meng'update'. Hari ini tergerak juga hati aku yang suci ini untuk buat entri pasal cabaran-cabaran yang aku tempuhi di tempat kerja. terlampau banyak cabaran dekat sana, tapi aku bagitau top 3 je la. 3 cabaran ini pun dah buat aku runsing.

Cabaran pertama. Pada satu pagi yang sejuk, aku menerima panggilan daripada seorang staf yang tidak asing lagi dekat sana. walaupun aku tak kenal, aku buat-buat kenal je la. Lalala~ Nama makcik tu, erk.. Timah. Eh, dekat sana ada ke orang nama Timah, biar je la. beliau menyampaikan berita yang teramat sedih, yang pc dia dah tak boleh nak hidupkan. Apa yang aku mampu untuk membalas ialah Innalillah. PANG! tak pasal-pasal aku kena sebiji hari tu. Nak betulkan pc dia memang payah, apa yang rosak ni!? ni yang aku segan nak bagitau ni, cable suis dia longgar je la. -.-"

Cabaran kedua. aku baru je nak curi-curi tulang masa tu, tetiba ada orang melambai-lambai panggil aku untuk men'settle'kan dia punya internet, katanya tak boleh nak browse. masa itu, bos aku tak ada dekat opis. memang aku bengang betul la. aku baru nak beristhirehat. Eh, betul ke aku eja ni. Ini pun 2x5 je masalah dia. dekat pc dia dah tulis dah apa masalah dia "your cable is unplug". memang nak makan kasut betul la dia ni.

Cabaran ketiga. kali ini, rumit sikit, serious aku cakap. cabaran ini memang lama nak settle. printer dia tak berhenti-henti print. aku pun cuba la godek-godek printer dan pc dia. Akhirnya aku dah tau dah apa masalah yang En. printer ni rajin sangat nak print. dekat schedule ke status printer tu tah, memang cantik je tersusun kerja-kerja yang nak di print. lepas tu aku cakap la. "puan, jangan risau, puan punya pc ini memang top class punya. paling laju di abad ini." sengal betul la. dah la pc dia lembab, tekan sekali lepas itu tunggu dah la. nak tekan sampai 100 kali memang dia print sampai kau kena overtime 3-4 hari la.

p/s:korang tak ada ke pengalaman macam ni!?

Kesimpulan yang aku dapat buat, dorang ni buta IT ke!? atau aku terlampau PRO. Hehe..


Lagi...