07 April 2009

Kemunculan aku

Komen box dah boleh digunakan sekarang.

komen box aku ada masalah lagi. Buat masa sekarang aku pakai komen muka penuh dulu.

Layout design telah dikemaskini.

Tanggal 07 April 2009, detik-detik bersejarah dalam hidup aku. Kemunculan aku yang kali pertama ke seratus. Kalau korang jumpa blog yang dah berkubur itu, mungkin aku adalah tuan milik blog tersebut. Sebelum aku bawa korang melancong ke Pulau Langkawi jelajah blog aku ini, aku nak berterima kasih sebab sudi singgah kedai kopi blog ini.

Aku tak sangka layout design blog aku dah jadi buruk cantik macam ini. Terima kasih produk kecantikan Marzuki kerana entri tutorial kau yang merepek best itu. Walaupun aku tak paham apa itu HTML dan XML tapi tutorial yang kau ajar memang menyusahkan menyenangkan aku.

Sebelum aku nak hidupkan blog ini, aku tak tahu nak gunakan bahasa mat saleh atau bahasa melayu. Akhirnya aku pilih bahasa melayu sebab grammar aku yang teruk memudahkan aku nak update entri-entri dengan cepat.

Aku ada satu cerita yang best nak kongsi dengan korang. Tapi bukan kali ini. Next time ya.


2 comments:

  1. Haha..
    Harap kali ni x b'kubor lg

    ReplyDelete
  2. @7380285955068973391.0
    Harap-harap macam tu la.

    ReplyDelete