29 April 2009

Aku kena pao

Sorry lama tak update, busy download cerita. haha..

Setelah sekian lama aku memencilkan diri. Kini aku dah kembali dengan muka seposen. Perghh.. dah lama aku tak bertweet apatah lagi nak update blog dan apatah lagi nak bertandang serta spam di kotak komen dekat blog-blog korang. Walaupun raya lambat lagi, aku nak minta maaf dari hujung rambut sampai la hujung kuku kaki.

Macam mana Aku kena pao!? dorang ni memang nak cari pasal betul la..

Nak dijadikan cerita, Pada malam bila entah, aku keluar makan dekat kedai mamak. On the way nak balik tu, nak cepat punya pasal, aku ambil la shortcut. Aku redah lorong-lorong yang aku tak pernah lalu. Tiba-tiba muncul 3 ekor mamat. dorang nak belanja aku makan ke!?

Pemuda 1: dik, tak pernah nampak pun adik dekat kawasan ni.
Aku: memang la, aku selalu invisible bila lalu kat sini.
Pemuda 2: loyar buruk pula budak ni. aku hempuk dengan helmet ni kang.
Pemuda 3: ehem.. kau tak paham-paham lagi ke kenapa kitorang kat sini!?
Aku: tak. aku lembab sikit nak paham bab paham-memahami ni. korang nak buat kuiz ke.
Pemuda 1: a'ah, soalan pertama. berapa duit yang kau ada dalam wallet kau!?
Aku: hmm.. dalam RM 100 kot.

3 ekor mamat tadi terus ambil wallet aku tanpa segan silu. macam tu la kisah dia. Lepas tu, terpikir aku keseorangan "soalan kedua dia apa!?" kalau korang ada jumpa 3 ekor mamat ni, sila dengan hensemnye bagitau aku.

dialog diatas tak betul. telah ditokok tambah.

8 comments:

  1. haha.. tu la... buat lagi muka kesian...
    kan dah kena...

    erk.. aku tak patot gelak.. sori2...

    pesal tak sepak je buah pinggag dorang?

    er.. wallet dorang tak pulang ke? hampeh tol..

    ReplyDelete
  2. @8160168002038614996.0
    haha.. aku dah jumpa dah. 3 ekor mamat tu. esok aku buat entri pasal dorang.

    Pemenang-pemenang contest juga akan aku umumkan.

    ReplyDelete
  3. adeh ko nie,,
    yang ko g lalu kawasan jin bertendang wat per,,
    kan da kluar 3 orang yang ada ekor depan ,,
    sian ko,,
    ada lagi x duit nak bagi hadiah tu,,

    ReplyDelete
  4. haha relek bro...biar la diorg tu mkn duit haram

    ReplyDelete
  5. @1906717018407180686.0
    jin!? 3 orang yang ada ekor depan!? wakaka..
    kejap, kejap.. nak gelak guling-guling jap.

    (30 minit kemudian)

    ok dah abih gelak dah. ada, duit ada lagi. tak sabar nak hadiah nampak. kau nampak confident gila je nak menang ni. lala~

    ReplyDelete
  6. @4054333653143587987.0
    aku kan budak baik, aku halal kan je la. aku yang nak bagi. (pelik kan ayat ni, nape ye!? haha..)

    ReplyDelete
  7. sume noob liao...
    itu bukannye kena pow dgn orang jahat...tapi dgn sumbody haha

    amacam, boleh menang x alasan aku ni? haha

    ReplyDelete
  8. hahaha..
    kene paw..
    nape x kol aku..
    aku byk kabel..
    kabel letrik..
    kabel konkrit..
    hahaha

    ReplyDelete