11 April 2009

Pc Fair hari kedua

Baru balik pc fair. Penat gila la.

Pukul 11, aku baru nak gerak dari rumah. cakap je nak ada kat kl sentral pukul 11, biasa la janji melayu. Hahaha.. tapi kawan-kawan aku masih tak sampai-sampai lagi. Aku ingat aku dah lambat, rupa-rupanya dorang masih guna jalan lama. Tunggu punya tunggu, akhirnya nampak juga batang hidung.

Round dekat pc fair punya la lama, beli cuma portable harddisk 1 Terra je. Tapi yang slack tentang portable hardisk ini kena pakai plug pula. memang macam sengal. 1 terra punya pasal, aku beli juga. RM 334 habis di situ.


Selamat tinggal portable harddisk 320Gb yang tak boleh pakai. Jasa mu itu tetap akan aku kenang.


Lepas dah membeli-belah dekat pc fair, kitorang nak pergi makan dekat Burger King. Lapar tak makan daripada pagi lagi. Burger King dekat KLCC full pula. Bincang punya bincang, last sekali semua setuju nak pergi makan dekat kl sentral. On the way nak naik putra lrt, terjumpa Burger King kat putra lrt. Apa lagi, serbu!! Habis RM 31.45, set apa aku makan pun aku tak tau. main tunjuk je.


Lepas makan, semua nak tengok wayang pula. Last-last tak jadi sebab nak beli tiket macam nak beli tiket snsd. lepas itu, kitorang pun round-round la suria KLCC. Jumpa kedai sony, lepak-lepak dekat sana. Aku beli la buah tangan sikit kat situ. Headphones, harga dia tak mahal sangat, RM 89 je.


Pukul 5, sekarang masa untuk balik rumah. Touch N Go tetiba tak dapat detect pula dekat putra lrt. Lepas itu guard itu suruh pergi kaunter. Memang layan, panjang gila! last-last aku beli tiket dekat machine je. RM 2 untuk ke wangsa maju.

Jumlah yang aku belanja RM456.45. Nombor yang cantik.

To oldbreamster: bila kau cuti!? aku nak turun shah alam, nak sedut cerita dalam pc kau tu. Hahaha... lama tak gerak seksyen 7. lepas tu aku nak amik sijil SPM aku yang cikgu celaka buat minit mesyuarat tu.


12 comments:

  1. wakaka..nnt ramai2 sorok plug portable hardisk aiman tu..bia dia campak lombong je..
    burger king tu ko main taruk je kn..
    bkn ke kite punye set paling noob ..xleh refilled air..hahaha..

    ReplyDelete
  2. @3999074189818113495.0
    dia bagi plug luar negara.
    Haha.. diam-diam sudah la, tak boleh refilled pun harga mahal nak mampus. wakaka

    ReplyDelete
  3. lala
    hdd ade power supply
    headphone mhl xbes
    haha

    msuk sony centre pn bebunyi
    tut tut
    haha

    ReplyDelete
  4. @2079398946275300343.0
    Wakaka...
    power supply tak power supply janji 1 terra. dan boleh guna

    headphones tu memang tak best sangat tapi ok la, stylo

    Wakaka
    memalukan siot. aku bukan curi apa-apa pun. sibuk je bende tu nak bunyi tut tut...
    scanner kat KLCC memang sial la.
    last-last buat muka tebal je. hehe...

    ReplyDelete
  5. hihihi.
    aku duk shah alam.
    =D

    weh banyak gila kau shopping.
    nak gak pegiii.
    haih,

    ReplyDelete
  6. @4152057282269162099.0
    mana ada banyak, 2 item je

    ReplyDelete
  7. 2 item pe
    sepatutnya 3
    keyboard nak bli xde stok
    haha

    ReplyDelete
  8. @1673327986251980978.0
    haha.. keyboard tu stylo, sayang tak ada stock pula. kalau tak dah rembat satu.

    ReplyDelete
  9. babeee kaya gila siak.
    RM500 habis dalam masa sehari..lahanet betol

    portabale nak maxtor je..beli hitachi sude.performance pun ok.
    tsk tsk.
    portable 2.5 ke 3.5?

    kalo 2.5 pakai power supply mmg zzzzzzzz

    *aku rasa sbb dia 1tera kot kena pakai plug.hehe

    ReplyDelete
  10. @3366339156552423986.0
    mana ada RM 500, RM456.45 la.

    mak dengan adik aku dah angkat hitachi.
    maxtor la macam stylo sikit. hmm.. 3.5" gedabak macam router.

    aku pun tak sure, atas 640Gb semua pakai plug. tapi semalam member aku cakap dekat tempat dia 1 tera tak pakai plug.

    ReplyDelete
  11. @8513380065429061067.0
    3.5 mmg la biasanye kena pakai plug.
    takat ni xpenah plak aku jumpa 2.5 pakai plug.

    oh btw aku cuti bulan jun.pc aku xda porn..sume vlcip nasyid hijazz, saujana je k.pls hehe

    ReplyDelete
  12. @7803928663005788565.0
    oh, ok la bulan jun. aku habis praktikal bulan jun juga.

    nasyid la yang aku nak, tu yang cari kau tu. haha.. (bila kau jadi alim ini, sebeum ini bagi website keygen yang ada pron)

    ReplyDelete